Monday, February 22, 2016

PENTINGNYA MENGINSURANSKAN KENDERAAN MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA (CURRENT MARKET VALUE )

Pentingnya insuranskan kenderaan anda mengikut harga market ( Market Value)
Ramai sahabat yang keliru dan mungkin tidak tahu kesan jika mengambil harga market insurans kenderaan di bawah harga patut (under insured). Contohnya semakan harga market kereta semasa yang di cadangan oleh syarikat takaful/ insurans
RM 23,000. Tetapi sahabat minta insured bawah dari Rm23,000 kerana mahu kurangkan harga bayaran untuk premium insurans. Sebagai contoh anda nak insured RM15,000.
Jika berlaku kemalangan, anda akan dikenakan bayaran tambahan yang agak tinggi kerana kenderaan anda telah diinsuranskan bawah daripada harga pasaran.
Sebab itu, saya akan bertegas untuk nasihatkan anda ambik mengikut harga market semasa.
Sebagai contoh:-
Harga Insured(Perlindungan) RM 15,000.00
Harga Pasaran Kereta Anda RM 23,000.00
Harga Baiki Kereta RM 8,000.00
Formula = (Harga Insured / Harga Pasaran) X Harga Baiki Kereta
= (15,000.00 / 23,000.00) X 8,000.00
= 5,217.40
Bermakna Takaful/Insurans akan bayar hanya RM 5,217.40 sahaja. Selebihnya anda kena bayar sendiri.
Bayaran yang perlu anda bayar kepada bengkel tersebut:-
=RM 8,000.00 - RM 5,217.40
=RM 2,782.60
Nanti bila kena bayar banyak ni kemudian hari, sahabat akan marah saya pula kerana tak beritahu...tapi masa nak bayar mmg nak murah sikit..akan sanggup kata "kalau xcident aku bayar sendiri"..tapi nak bayar insurans pun tak sampai 1000 dah berkira, bagaimana kata sanggup nak bayar sendiri jika xcident dalam 2782.60???
Ilmu dikongsi...harap memahami..

Thursday, February 18, 2016

Ketahui bagaimana kami dapat bantu anda bayarkan GST untuk anda bagi perbaharui Insurans kenderaan anda? hubungi kami untuk bantu banda berjimat. 
anda boleh jimat duit minyak dan kami akan proses insurans anda dan roadtax terus ke tempat anda.
*member get member akan dapat kelebihan dengan mendapat tunai tambahan terus ke akaun anda. 
*Ingat takaful..ingat nursis
*emailkan pertanyaan anda ke nursis@gmail.com @ Whatsapp kepada +60179555571