Wednesday, October 17, 2007

Apa akan jadi pada Malaysiaku..

kerisauan aku semakin hari semakin meninggi berikutan kisah pemerintahan Abdullah Badawi yang sangat lemah dan tidak menunjukkan sebarang impak kemajuan bangsa. keasyikan PM yang hanya bertumpu lebih kepada melancong ke luar negara, ke sana sini dan isu dalaman negara entah apa kesudahannya. bila ditanya isu-isu terkini dan sensasi pun masih beliau teraba-raba membuktikan beliau tidak peka pada rakyat Malaysia. jawapan yang biasa kudengar melalui media massa.. "saya akan baca dulu".."saya akan bertanyakan menteri terbabit","saya akan siasat"" dsbgnya lagi yang menampakkan beliau tidak tahu atau dalam erti kata lainnnya "bodoh pada pemerintahannya".
Tertanya-tanya aku...bagaimana nasib generasiku mendatang dengan kepincangan pemerintahan yang semakin hari semakin menjalar bisa sehingga tragedi berdarah di Batu Buruk masih menghantui jiwa. rasa seperti polis Malaysia sudah hilang bisanya dan tertumpu menjadi sahaja pemerintah semata. di mana bangsa melayu yang terkenal dengan kerukunan budaya suatu ketika dahulu?kini menjadi tanda tanya pelbagai level bangsa. adakah aku selamat di bumi Malaysia dengan gaya kehidupan yang cenderung kepada keganasan pemerintahan ini?
Dengan peningkatan jumlah korupsi dalam negara di zaman pemerintahan Abdulah sangat ketara...kuasa pemerintahan seolah-olah berada pada menantunya. Manusia-manusia bodoh boleh menjadi menteri dan mampukah mereka membentuk negara maju pada imej Malaysia. antara yang menampakkan ketara kebodohannya ialah Nazri Aziz. Cara mengulas sesuatu isu boleh dinilai tahap ilmunya yang asyik menggunakan bahasa kesat dan menekan tanpa asas ilmu yang dipaksikan. Jawapan pada pertanya yang entah kemana puncanya.
kuharap dan berdoa agar suatu perubahan ketara akan berlaku suatu hari nanti...semoga pemerintahan berpindah kepada PAS yang lebih jujur tadbirannya atau Keadilan Nasinal yang Agak Profesional pengurusannya. atau mungkin BA yang perlu memerintah negara di bawah gabungan kuasa sepadu menjana perubahan ketara pada Malaysia.

No comments: